KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan
dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi
sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh
pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi
menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki
tiga tahun.
Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul
Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal
menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi
bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima
bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia,
Pelita Jaya FC.
Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu
tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan
tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.
Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek
enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan
dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.
“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan)
yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini
timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.
0 komentar:
Posting Komentar