Jumat, 12 Oktober 2012

Lelaki Ini Merangkak 1000 Meter Mohon Ampun Isteri!

                           

Ketika diri sedang ingin bercinta, apa saja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing.
Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun tak masalah.
di dalam percintaan pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit.
Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China.
Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.
Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.
                                     
Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian karena ingin memohon maaf kepada isterinya.
Orang ramai yang melalui kawasan itu mencoba untuk mengulurkan bantuan kepadanya.
Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu karena ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.
Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.
Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan sebuah taksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam taksi tersebut.
Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square.
Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More